"Ika.. Kenapa Shah tengok Ika macam nak larikan diri je? Saya ada buat salah pape ke Ika?" soal Shahril.
"Haa.. Eh takde lah.mane ada.. Kenape Shah cakap camtu?,soalku kembali.
"Entahlah.. kadang-kadang saya rasa awak dah tak seperti Ika yang saya kenal dulu.Awak macam cuba untuk jauhkan diri dari saya.",kata Shahril.
"Shah.. saya minta maaf kalau Shah rasa macam tu.Mungkin pengalaman semalam banyak mengubah diri saya.Saya sebenarnya bukanlah seorang yang begitu tabah Shah.Saya Cuma berlakon seperti tak ada apa yang berlaku.Tapi dalam hati ni takde sape yang tau.Awak bayangkanla bila rahsia diri saya yang saya jaga dan simpan selama ni telah dinodai..Saya malu Shah saya malu untuk berdepan dengan semua orang. Tambah-tambah lagi orang yang menodai saya itu sentiasa ada di sekeliling saya.. Air mataku mengalir satu-persatu..",tuturku lemah.
"Ika.. saya faham perasaan awak. Maafkan saya Ika.Saya janji akan lindungi awak.Saya takkan jauh dari awak lagi.Awak tak perlu rasa malu dengan saya.Saya masih sayangkan awak seperti dulu lagi Ika.Percayalah..",Shahril memberi semangat kepadaku. Aku hanya mampu tersenyum dan mengangguk.
"Terima kasih Shah..",ujarku.
Sudah tiga bulan berlalu.Kini peperiksaan akhir semester telah bermula..Masing-masing sibuk mengulangkaji pelajaran.Aku,Aima,Hafiz dan Shahril juga sibuk mengulangkaji pelajaran.Saat ini sangat mendebarkan bagi setiap pelajar.Saat yang menentukan kebolehan masing-masing.Setelah bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran akhirnya aku dan rakan-rakan yang lain telah pun selesai menduduki peperiksaan akhir semester. Setelah tamat kertas yang terakhir aku menuju ke cafe bersama Aima. Beberapa minit kemudian Hafiz, Shahril dan Wani muncul.Aku jadi kaget apabila terpandangkan Wani.Hatiku berdebar tapi cepat-cepat aku selindung dengan melemparkan senyuman kepada mereka bertiga. Kami berbual-bual seperti biasa. Tiba-tiba muka ku berubah sekelip mata apabila aku terpandangkan wajah seseorang.Aku menggigil dan wajahku pucat.Andainya ditoreh pasti tiada darah yang mengalir.
"Ika kenape dengan kau ni? Pucat semacam je.Macam nampak hantu",Hafiz berseloroh.
Aku menelan liur. Aku tidak betah untuk terus berada di situ.
"Ika kau kenapa?",soal Aima pula.
Aku bingkas bangun untuk pergi dari situ. Tiba-tiba ada tangan yang menyambar pergelangan tanganku. Aku terkejut lantas menjerit.
"Hei Ika kenapa ni? Ni Shah la.. ",Shahril bersuara.
Aku melepaskan keluhan kecil.
"Jangan buat saya macam tu lagi.Saya terkejut tau." , ujarku perlahan.
"Ika kenapa ni? Soal Shahril.
Aku tersenyum sambil menggeleng."Saya nak balik Shah. Saya takde ape-ape. Awak jangan risau eh.Saya rase tak sedap badan.Agaknya tidur tak menentu kot sejak kebelakangan ni", ujarku dan terus berlalu.
Tiba-tiba aku dikejutkan lagi dengan wajah itu sebaik aku berpaling untuk pergi. Sekali lagi aku menjerit dan berundur setapak demi setapak. Shahril yang sudah jauh meninggalkanku tersentak lalu berpaling.
"Syafiqa.. a..aa.aku nak mintak maaf dengan kau..", suara itu berbicara.
Air mataku mengalir lagi untuk sekian kali.Saat itu terasa ada tangan yang menggenggam erat tanganku.Aku berpaling dan melihat Shahril berada di sisiku sambil tersenyum.
"Jangan takut Ika,saya ada di sini.Dia takkan berani apa-apakan awak.",ujar Shahril.
"Aa..apa yang kau nak? "soalku pada Syafiq.Insan yang telah mengubah hidupku sedikit-sebanyak.
"Aku nak mintak maaf dengan kau Syafiqa.Aku tau aku bersalah.Aku berlaku kejam pada kau..Aku tak tau kenapa aku buat macam tu kat kau.Sebenarnya masa tu hati aku tak tenang.Mak dan ayah aku nak bercerai.aku tak pernah dapat kasih-sayang yang mencukupi biarpun aku dikelilingi kemewahan. Bukan itu yang aku nak Syafiqa.. Tapi aku nak kan perhatian dari kedua orang tuaku..",
Syafiq tertunduk sayu.Bergenang air matanya di kelopak mata.
"Aku betul-betul kecewa Syafiqa bila tau mak dan ayah aku nak berpisah.Aku jadi gila dan kau yang jadi mangsanya.. ", Syafiq menyambung lagi.Kali ini suaranya mendatar saja.
"Su..sudahla Syafiq.Perkara dah berlalu..Kita lupakan saja.Tapi aku nak ingatkan kau jangan kau ulang lagi perkara tu pada sesiapa pun.Kau kena kawal emosi kau Syafiq.Jangan kerana masalah kau orang lain yang tak berdosa jadi mangsanya.",aku menasihatinya.
Jauh di sudut hatiku aku terasa kasihan melihat dirinya.Aku dapat melihat cahaya keikhlasan di matanya.Aku tau dia telah sedar dan insaf akan kesilapanya dulu.Sebagai hamba Allah aku tidak mahu berdendam lagi.Biarlah ianya menjadi kenangan yang paling pahit dalam hidupku.
"Baiklah Syafiqa.Terima kasih kerana sudi maafkan aku.Aku dah berjanji dengan diri aku,aku tak kan ulangi lagi perangai buruk aku.. "Se..sebanarnya aku nak berterima kasih pada kau."
"Berterima kasih? Untuk apa?"soalku kehairanan..
"Disebabkan hal tu mak dan ayah aku tak jadi berpisah.Diaorang dah sedar kesilapan diaorang kerana mengabaikan aku.Sekarang aku dah bahagia dengan kasih-sayang diorang.Emm.. Ika kalau kau tak keberatan mak dan ayah aku nak jumpa kau.Diaorang jemput kau datang rumah tengah hari esok.Bolek tak?"soal syafiq perlahan.
Aku terkejut dan kaget dengan permintaan yang tidak ku duga.Aku memandang Shahril yang berada di sebelahku.Aku tak tau apa jawapan yang aku perlu berikan.Shahril menangguk tanda memberi jawapan.Aku kaku.
"Er.. saya.. saya malula.Untuk apa saya kena pergi rumah awak?",aku bersuara.
"Sebenarnya mak dan ayah aku nak minta maaf dengan kau.mereka juga nak berterima kasih dengan kau.Aku harap kau tak hampakan harapan mereka.kalau jadi esok aku jemput kau.Aku tak paksa kau Syafiqa.",ujarnya sambil tersenyum dan berlalu pergi.
Aku terus berdiri di situ tanpa kata.Apa yang perlu aku buat.
"Apa yang perlu saya buat Shah?",soalku.
Shahril tersenyum padaku."Pergi ajela ika.Mungkin parents dia betul-betul nak jumpa Ika kot.Entah-entah nak buat menantu kot.Wah beruntungla Ika dapat anak orang kaya.kalah saya.",seloroh Shahril.
"Ish awak ni merepek jela.Ke situ pulak dia.Em tapikan seronok jugak dapat anak orang kaya ",aku menduga.
Shahril muram.Riak wajahnya jelas kelihatan berubah. Aku ketawa.
"Ha tu la..Nak bergurau lagi ngan Ika.Bila Ika gurau sikit terus masam muka tu.Ika gurau jelah.",ujarku dengan ketawa yang bersisa. Shahril menjegilkan matanya padaku.Aku ketawa lagi.
Romeo yang Hilang: Bab 22
10 years ago
No comments:
Post a Comment