Sunday, January 25, 2009

Pergilah Derita (PART 1)

"Ika kenapa dengan awak ni? Soalan yang senang macam ni pun awak tak tau ke?", Shah berkata kasar padaku. Tersentuh hati ini dengan herdikannya.


"Yela saya ni tak macam wani kan? Pandai,buat report pun tak pernah salah.Selalu dapat markah tinggi",aku membalas kata-katanya.Bukan niat untuk berkecil hati tapi kata-katanya terlalu tajam untuk aku.


"Ika.. saya tak bermaksud nak lukakan hati awak.Saya tak pernah fikir macam tu", Shah memujuk aku.


"Shah, ape kata kita tukar partner? Saya tak nak sebab saya awak dapat markah rendah",usul aku.


Terperanjat Hafiz dan Aima yang berada dengan kami.Aku,Shah,Hafiz dan Aima penuntut tahun kedua di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Kejuruteraan Komunikasi. Dalam mata pelajaran Electric Circuit Lab kami dikehendaki memilih partner untuk menjalankan eksperimen.Bagi pensyarah kami iaitu Pn. Sarah, beliau menetapkan syarat pasangan itu hendaklah terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan. Ini bagi memudahkan eksperimen dijalankan.


"Ok! Fine! Petang ni jugak saya gi jumpa Pn.Sarah.Kita tukar partner!",Shah berkata dalam nada kasar.Dia berlalu pergi meninggalkan aku.

Hafiz mengejar Shahril..


"Ika nape ni? Ape dah terjadi antara kau dan Shahril? Kau dah tak sayangkan die lagi ke?", soal Aima. Aku tekejut dengan persoalan Aima."


Kenape kau tanya aku camtu?",soalku kehairanan.


"Ika sebenarnya dah heboh orang cakap pasal kau dengan Asrol.Kau baik ngan die,kau berbual berdua dengan die.Ika, sebenarnya aku tak nak masuk campur dalam hubungan korang.. emm.. aritu Shah nampak kau keluar dengan Asrol.Betul ke?", soal Aima.


"Huuhh.. Aima sebenarnya bukan aku tak sayang die .Aku sayang die Aima.. Tapi.. Hmm.. Ntahlah Aima.Kau tak faham perasaan aku..".Air mataku mula bergenang.. Aima menggenggam tanganku..


"Ceritala kat aku Ika.. jangan kau pendam-pendam macam ni.".


"Aima,aku ngan Asrol tak de pape pun.. aku akui aku keluar ngan die aritu.Tapi itu pun bukan berdua. Aku ngan Nadia. Kitaorang keluar cari barang untuk program ta'aruf budak-budak baru nanti. Kau sendiri pun tau kan Asrol tu Headcom. aku. Aku sayangkan Shah, tapi aku dah tak rasa Shah sayangkan aku.Aku rase die dah berubah.. dia dah tak macam dulu lagi. Aku tau dia suka Wani..",akhirnya gugur juga air mataku. Aku tak dapat meneruskan kata-kataku..


"Sabarlah Ika.Mana kau tau dia suka Wani.Kau kena tanya dia dulu.Kau tak boleh serkap jarang," pujuk Aima.Aku hanya diam..


'Kau tak tau Aima dia hina aku,dia selalu marah aku kalau report aku buat dapat rendah.. Dia selalu bandingkan aku ngan Wani..Macam-macam lagi Aima' bisik hati kecilku..


"Shahril ape kau ni? Kau biar betul nak tukar partner.. Kau fikir betul-betul Shah.",pujuk Hafiz.


"Apa lagi yang boleh aku buat Fiz.Kau kan dah dengar sendiri tadi Ika cakap, dia dah tak nak partner ngan aku lagi.Aku sedih Fiz.. Biarlah aku berundur. Biarlah die partner dengan Asrol kalau itu yang die nak," sayu suara Shahril Hafizi.


"Shah, kau kene tanye dia dulu. Kau tak boleh nak tuduh melulu. Mana tau apa yang kau nampak tu tak benar. Berbincanglah dulu Shahril..Jangan ikutkan sangat perasaan marah kau tu", nasihat Hafiz.


Keesokan harinya aku dan Aima pergi ke kuliah.Lebih kurang 2 jam kuliah kami pun tamat. Aku dan Aima berjalan untuk ke café. Sedang kami makan seperti biasa muncullah Hafiz dan Shahril. Aku jadi tak keruan bila terpandangkan Shah.


"Hai sikit je kau makan Ika,"seloroh Hafiz. Aku hanya tersenyum memandang Hafiz. "Ait bisu lak dia arini.selalu kau yang paling kecoh.Tak kan kau berperang terus tak boleh cakap kot," usik Hafiz lagi.. Aku tak mampu untuk berkata.


Hafiz dan Aima bangun meninggalkan aku dan Shahril. Seperti biasa diaorang memang memahami. Kalau aku dan Shahril bergaduh diaorang jugaklah pendamainya. Aku dan Shah masing-masing mendiamkan diri. Tiba-tiba Asrol muncul dan menuju ke arahku.


"Hai Ika.. boleh saya cakap ngan awak kejap,"sapa Asrol. Aku pandang Shah. Wajahnya berubah.Aku tau dia cemburukan Asrol.. Aku jadi serba salah.


"Emm.., boleh tak awak cakap kat sini je," balasku. Shah bingkas bangun dan meninggalkan aku dan Asrol.Aku tergamam..


"Err.. Asrol boleh tak lain kali.Saya ada hal sikit la.. Nanti saya cari awak kat OR (operation room) eh..", lantas ku meninggalkan Asrol demi mengejar Shah.


"Shah! Laungku.. Aku memintasnya.. "Shah.." Awak nak ape lagi? " suara Shah agak keras kedengaran. Aku tunduk.. "Maafkan saya Shah..Saya tak tau ape yang tak kena.."

"Huh! Dengan ape yang berlaku awak masih tanye saya? Jerit Shah.. Air mataku mula mengalir..

"Shah, awak baca ni.." , lantas aku tunjukkan mesej yang dihantar Wani.


"Ika! Kau dengar sini.Aku danShah memang ada hubungan!

Aku lebih kenal Shah drpd kau. Shah dh mengaku dia dh bosan

n jemu dgn kau!Sudahla Ika.kau lupakanlah Shah. Dia selalu

cakap kau tu membosnkan!Fikirla..Mana maruah kau?

Perempuan tak tau malu!


Shahril tergamam.. "Apa yang perlu saya buat Shah? Cakaplah Shah. Cakap! Air mata ini tidak mahu berhenti.Saya tak pernah benci awak. Saya anggap ianya tak wujud. Tapi perlakuan awak membenarkan apa yang Wani cakap.. Berterus teranglah kalau betul awak memang dah benci saya", aku berlalu pergi.

bersambung..

Sunday, January 18, 2009

DIRIKU DIUJI...

firstly i'm not interested to share my feelings, my personal life and everything with other people.. since any one does not know that i have a blog.. thus i want to speak it out.. sometimes people around you is not very understood about urself..

ntahla.. apa yg aku nak katakan disini tentang PRSAHABATAN.. apa itu persahabatan.. kdg2 kita cuba jd yg terbaik dalm persahabatan.. tpi kdg2 dlm tak sedar masih ada kekhilafan diri tanpa disedari yg mengguris hati shabat.. bukan aku nk mengungkit.. tpi.. tahla..aku bkn sahabat yg pandai memujuk.. aku bukan sahabat yg pandai mempamerkan rasa hati..kdg2 mungkin mereka di luar sana menanggap aku manusia yg sombong..

tpi..bg aku.. sekali bersahabat selamanya ia tetap menjadi shabat..kdg2 aku terpk knapa org di sekeliling kita nak yg terbaik n nak smua yg baik2 dri kita.. tpi pernah ke diaorg pk apa yg kita nak..aku dh lama simpan suma ini.. bg aku biarlah mungkin kdg2 dia tak sedar yg kita juga ada prasaan.. selagi boleh thn biarlah aku tahan..

tah la.. aku mls nak pk lagi..aku akui mmg slh aku kot..aku dh mintak maaf tapi tak perlu la nak sebarkan pd suma org..tahla.. it is true that i'm feelingless and i'm not interested for making thing complicated since me myself already complicated!!!!

Ya Allah aku pohon padaMu ya Allah agar kau kuatkan hati hambamu ini dlm menempuh hidup yg penuh liku.. Hanya pada Kau tmpat aku mengadu..Sesungguhnya engkau tau isi hati ku.. Aku redha atas ujianmu.. Amiin Ya Rabbal 'Alamin..

Sunday, January 11, 2009

First entry...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

First of all this is my first post.. actually, i'm not interested in creating a blog because i think that i don't need it. Furthermore, i think that there's no purpose in having a blog.. but.. after think and think again.. finally... this blog was created..hahaha.. it's quite funny for me.. whatever la..

rasenye takde pape kot nk kongsi dlm blog ni..just thinking that i want to share my cerpen or my silly coretan..dulu suke sgt wat cerpen or karang cite,sajak etc.. pastu simpan dlm buku je..tak terpk nk publish or nak anta kat mane2 paper.. saje mengarang suke2..

alang2 dh ade blog ni nak gak try kongsi..sy menerima sebarang komen positif n negatif.. ape2 je yg korang nak komen, tak puas ati or pape jela..silalah ye.. =)