Friday, March 27, 2009

CINTA DAN JODOH???

it seem to be everyday lak aku post..huhuhu perasan baru semalam and arini.. tbe2 aku terpanggil utk menulis kat sini.. about what??? aku pun tak tau tntg ape.. cuma tbe2 aku teringat ttg satu ikatan yg tulus dan suci.. what is that? hmm.. entahla.. jauh di sudut hatiku ada satu naluri yg aku pasti suma org pun ada.cuma msa yg menentukan cpat atau lambat.. sesekali aku terpk akan JODOH.. waa sounds great ya.. maybe for somebody..

honestly, naluri utk mendirikan rumahtangga itu sering menghantui diri ini.. tapi.. apakah layak utk aku pikul tanggungjawab sbgai seorng yg penting dlm sesebuah rumahtangga?? apakah aku terdaya utk mendidik anak2 ku seperti mana ayh dan ibuku mendidikku?? dunia yang penuh dgn cabaran ini mbuatkan aku tkut utk melangkah.. tersalah langakah maka tersasarlah akidah..nau'zubillah..

tpi..itulah yg bermain difikaranku.. dunia ini penuh cabaran bg kita sbg seorg dewasa..apatah lagi anak2 yg lahirnya seperti kain putih yg suci lagi bersih.. aku tak mampu utk memikul amanh itu seorng diri.. ya.. aku perlukan sesorng yang mampu seiringan dgnku demi menjaga amanah Allah.. Ya Allah seandainya aku jatuh cinta..kau labuhkanlah cintaku pada orng yang mencintaiMu.. seandainya dia adalah yang terbaik utkku maka dekatkanlah hati2 kami..dan seandainya dia bkn utkku jauhkanlah ia dariku..sesungguhnya hanya Kau yg menhetahui segalannya..peliharalah hambamu ini dari kemurkaan-Mu..

actually aku saja terpanggil nak tulis apa yg aku rse.. tpi it doesn't mean aku akn kawin dlm masa terdekat ni..sbb aku tak ready lagii calon pun takde.. bkn promote diri ye.. jagn salah faham..huhuhu.. hmm td aku br trbca 1 blog ni.. die ade ckp pasal ketidakselesaan apabila org byk nk amik tau sal hal2 peribadi kite..eh2..tba2 tuka topik la ek.. biasela dh abis tulis ape yg terbuku di hati.. ok balk pd topik yg second.. Actually aku pun tak suka bercerita pd org tntg ati,perasaan n hal2 berkaitan peribadi pd org..bg aku takde org yg boleh aku percaya..tpi bkn maksud aku org2 sekeliling aku jahat..it is NOT LIKE THAT.. tpi aku rse klu aku cerita pun tak boleh buat pape.. baik aku mengadu pada yang satu.. sbb hanya pada Dia tmpat sepatutnya kita kembali..

tahla.. mungkin aku belajar dari pengalaman.. tak mudah utuk kta bercerita ttg perkara2 peribadi pd org.. bg aku baik aku pndam dari buka pekung di dada sendiri.. hm.. tahla.. tak tau nak ckp ape lg.. bg aku jadilah diri sendiri..pedulikanlah apa org nak ckp pasal diri kita pun..apa yg penting adalah pandangan Allah pada kita..aku pun bknlah baik sgt..bayk dosa yg aku..rasa tak tertanggung.. tapi aku harap taubat aku diterima..sbb rahmat Allah tu lebih besar dari kemurkaan..

Ya Allah.. andai hambamu yg hina ini tersalah bicara, tersilap tingkah kau ampunilah hambamu ini.. sesungguhnya hanya Kau tmpat aku mengadu dan berserah.. Kau sajalah pemelihara ku.. Kau sajalah yg mengetahui segala isi hatiku.. amiin.. Ya rabbal'alamin..

Thursday, March 26, 2009

sekadar persinggahan..

dah lama tak post kat blog ni..biasela lately ni busy sket.. bkn ape sumenye sbb bt last minute..cmni la jdinya..huhu.. hm actually tak de yg menarik.. saje tbe2 rase nak menulis kat sni.. aku suke bce blog org..rse mcm best n menarik je.. tpi kat blog sndiri hambar..hohoho.. biasela baru blaja2 nak wat blog.. actually a lots of presentation last week. ade prkara best ade yg tak best berlaku..

tbe2 terasa nak mengarang or nak berkarya.. tpi tak de idea lak.. bru2 ni aku ade bce blog artis2 nasyid kite.. agk menarik gak la ape yg diaorng kongsikan.. ape yg diaorg lalui.. bg aku ade artis nasyid yg ok ade yg tak ok. ape pun itu hak diorng la.. aku dlu minat nasyid n salalu ikui perkembangan nasyid. tpi tak la extreme. biase2 je.. takdela join mane2 fan club.. tpi skrang makin hari mkin dh tak tau dh perkembngn..bkn ape tak sempat nak ikuti.. mase tak mengizinkan..

hmm.. ape lgi ek nak tulis.. hm skrang aku suke lak tgk nasyid bdk2 sek.. aku tak tau nape aku suke grup all for ummah grup smap kajang.. aku bkn ex-smap pun.. tpi tak tau nape tertarik..maybe diaorg kreatif kot.. what everla..

tak tau la nak tulis ape lg.. actually moga bertemu kmbali.. ~

Friday, March 13, 2009

HATI

wahai hati..
mengapa kau mudah tercalar..
mengapa kau mudah tersentuh..
sesungguhnya kenapa kau begitu rapuh..
dalam menempuh cabaran hidup..

hati..
ingatlah..
tercalarlah kau tika kau berbuat dosa..
tersentuhlah kau ketika kau terleka dibuai arus dunia..
sesungguhnya hati-hati yang berdosa
akan menjadi hitam dan kelam..

hati..
tuanmu ini ingin kau menangis..
hanya kerana takut berbuat dosa..
hanya kerana takut ia menjadi hitam dan kelam..
hanya kerana takut mengenangkan azab Allah..

hati..
sesungguhnya pada kaulah terletak pandangan yang hakiki
pada kaulah lahirnya insan mulia
dan pada kaulah terletaknya harga seorang hamba..

hati..
oleh itu..
kuatlah kau dalam menempuh dunia yang penuh cabaran..
tegarlah kau dalam menegakkan kalimah Allah..
tabahlah kau dalam menghadapi pelbagai kerenah manusia..
sesungguhnya..
Allah maha melihat..
Allah maha mengetahui apa yang tersirat
Allah maha menghitung segala apa yang terdetik pada kau..

hati..
semoga apa tindakanmu..
tak terlanggar dari syariat..
semoga apa yang terdetik..
akan dihitung ke arah kebaikan..
semoga kau tabah dan tidak rapuh..
demi mengejar keredhaan-Nya..

amiin Ya Rabbal Alamin..

tinta 13/3/2009
6.59 pm.

Saturday, March 7, 2009

Pergilah Derita (PART 2)

Malam itu aku tak dapat melelapkan mata…Nak study pun apa la lagi.. Aku dah fikir masak-masak esok aku nak jumpa Pn. Sarah.

"Assalamualaikum semua.. Hari ini saya ada sedikit pertukaran partner. Asrol awak dengan Kartini, Wani awak dengan Shahril dan awak Syafiqa dengan Syafiq", Pn.Sarah memberitahu.

Aku memandang Shahril yang berada di sebelahku.. "Sampai hati awak Ika",ujarnya perlahan. Aku hanya mampu terdiam. Sesekali terasa gugup bila fikirkan partner baru aku.Siapa tak kenal dengan Syafiq.Anak orang berada dan terlalu berpengaruh.Dia memang senakal-nakal pelajar.Apabila tamatnya sesi lab pada ari ini Aima dan Hafiz datang kepadaku.

"Ape yang kau buat ni? Aku ingat kau betul sayangkan dia tapi rupa-rupanya sayang palsu je.Aku tak penah faham dengan diri kau Syafiqa!"jerit Hafiz kepadaku. Aku kaget.

"Sekarang baru aku tau Ika perangai kau yang sebenarnya.Memang betul la orang cakap selama ni kau dengan Asrol.Sudah lah Fiz, Kalau dia buang Shahril bermakna dia buang kita juga sebagai kawannya.dah jom kite pergi.Tak kuasa aku nak layan pengkhianat macam dia ni",marah sekali Aima padaku.

Tidakku sangka begini sekali penerimaan mereka terhadapku.Mahu menangis aku di situ dengan apa yang terjadi.Malah tidak sempat untuk aku membela diri.Tetapi ini semua berpunca daripada aku jugak.Tak mengaapalah. Biarlah apa diorang nak anggap aku pun..

Sudah sebulan berlalu, mereka masih tidak mahu menegur aku lagi. Shahril makin intim dengan Wani.Selama itulah aku dan Shahril tak pernah berhubung lagi.Aima pula tak abis-abis marahkan aku.Entahlah.. Aku tak pernah dengar kata putus dari Shahril.Mungkin dia lebih selesa dengan Wani.

Kami telah ditugaskan untuk membuat projek di mana kami terpaksa mencari lokasi Seperti biasa aku masih lagi sekumpulan dengan Syafiq. Petang itu aku dipaksa Syafiq untuk keluar bersamanya mencari tapak.Belum sempat aku berkata dia telah menarik tanganku masuk ke keretanya.

"Apa kau ni.Aku nak balik.Hantar aku balik!",jeritku pada Syafiq.

Syafiq menampar pipiku.. Kau diam! " bentak Syafiq lagi. Aku tergamam.Belum pernah ada orang yang menampar aku selain dia. Aku jadi makin takut apabila kereta yang dipandu Syafiq meluncur laju.

Di café Shahril bagai cacing kepanasan."Kau ni nape Shah?"soal Hafiz.

"Tah dari tadi aku tengok kau macam ada masalah je.Kau gaduh ngan Wani ke? Tambah Aima lagi.

"Er.. aku tak sedap hatila.. Tadi aku nampak Syafiq ngan Ika.Aku nampak Syafiq berkasar ngan Ika, dia tarik Ika dan paksa Ika ikut dia.Aku takut perkara yang tak elok terjadi kat Ika." Ujar Shahril penuh kebimbangan.

"Dahla Shahril,tak payah kau nak sibuk-sibuk hal si Ika tu.Entah-entah dia memang sukakan Si Syafiq tu.Manela tau kalau.."belum sempat Aima menghabiskan ayatnya Hafiz memotong.. "Ish kau ni.. mulut tu jangan celupar sangat.Aku rasa betul gak cakap Shahril ni.Ika mana pernah keluar dengan lelaki lain berdua.Lagipun kau bukan tak tau perangai Syafiq.Playboy,buaya darat semua ada kat dia.".

Lantas Shahril bingkas bangun.

"Hey Shahril kau nak ke mana? Hafiz dan Aima menurut Shahril.

"Aku nak cari Ika.. aku risaukan dia Fiz,Aima.Aku tak nak perkara tak elok jadi pada dia."ujar Shahril.

"Tapi mana kau nak cari dia?" soal Hafiz.

"Aku tak tau..",lemah saja Shahril menjawab sambil menggeleng kepala.

"Macam nila kita tunggu dulu.kalau Ika tak balik gak baru kita fikirkan caranya,"Aima memberi cadangan.Shahril mengangguk lemah.

"Sayang jugak kau kat Ika eh.Aku ingat kau dah tak nak kat Ika tu lagi.Yelah 24 jam berkepit ngan Wani", ujar Aima.

Shahril hanya mampu tersenyum.Hatinya diburu perasaan yang tidak menentu.Dia telalu risaukan Ika..Memang dia akui hampir sebulan dia langsung tak pedulikan Ika.Sakit hatinya belum sembuh bila Ika buat keputusan untuk tukar partner tanpa memberitahunya.Namun jauh di sudut hatinya cinta dan sayangnya hanya untuk Syafiqa seorang.Wani hanyalah kawan rapatnye sahaja.Tujuan dia baik dengan Wani hanyalah semata-mata untuk sakitkan hati Syafiqa.Tapi sekarang dia rasa bersalah.Dia terlalu rindukan gadis itu.Hatinya dipagut bimbang jika gadis kesayangannya disakiti oleh orang lain.

Friday, March 6, 2009

aku yang merindui diriku..

It seem long time I'm not update this blog. I'm not really enough time to update this blog. Actually, a lot of happen in my life. Everyday that I face is new day, new challenge and new things happen. As usual if I'm write over here is about my feelings. I found that I'm not really comfortable. I'm feel sad, down and not really happy. I don't know why.. aku rase mcm nak nangis je.. aku sdih.. I'm already more than 20 years old. I'm always thinking and thinking what I have done in my past life. What i've done to my religion.. masih sihat kah imanku.. masih utuhkah akidahku..

Actually, aku tak tau ape yg menganggu fikiran aku.. ape yg aku tau i'm feel sad.Aku tak tau knape aku sedih.. aku rindukan diri aku yg dulu.. aku rindukan kehidupan sekolah yg penuh ceria.. kdg2 aku rse terpinggir kat uni ni.. everybody around me sometimes make me feel sad, happy and many more.. But, mostly will make me sad.. i don't know.. why it is happen.. waa..

Ya Allah.. sesungguhnya hanya pada Engkau aku mengadu.. hanya Kau yg mengetahui segala isi hatiku.. sekiranya aku tersalah langkah Kau berilah aku peringatan..sekiranya aku tersilap bicara Kau tunjukilah aku kebenaran.. sekiranya aku lalai dlm menunaikan kewajipanku kpd-Mu sesungguhnya Kau berilah aku pimpinan.. Ya Allah sesungguhnya Kau Maha Berkuasa..Kau Maha Penyayang dan sesungguhnya Kau ampunilah dosa2 ku yana lalu.. Janganlah Kau palingkan hati ini dari kebenaran.. sesungguhnya hidupku, matiku, amalanku hanyalah untukmu.. amiin2 ya rabbal 'alamin.. =')