Sunday, September 27, 2009

Pergilah Derita (PART 3)

Keesokan harinya heboh berita kehilangan Syafiqa.

"Macam mana ni Fiz? Aku tak nak ape-ape terjadi kat Ika," Shahril tampak gelabah.

Wani hanya memandang Shahril. Dia tak pernah tengok Shahril terlalu risau sepanjang perkenalan mereka. Shahril cepat marah dan semua yang dia buat serba tak kena.

"Rileks la Shahril. Entah-entah dia pergi berseronok ngan jantan lain kat hotel. Maklumla Ika tu memang pompuan tak tau malu pun…

" Kau diam Wani! Jerit Shahril. Dia bukan perempuan seperti kau maksudkan !" Shahril semakin geram pantas memotong tuduhan Wani yang melulu.

"Apa kau nak Syafiq? Lepaskan aku! Apa yang kau dapat kalau kau culik aku.Aku bukan anak orang kaya macam kau!",ujarku.

Aku mula ketakutan.Syafiq telah membawa aku ke satu tepat yang aku tak tau dan dia mengurung aku. Syafiq mula mendekati dirinya padaku.

"Kau ni cantikla Ika.. " dia mengusap pipiku.. Aku menolak tangannya."Apa kau ni! Jangan sentuh akula!", aku mula bimbang..Dalam hati ku berdoa semoga ada yang selamatkan aku.

Syafiq semakin rapat dengan ku. Dia tersenyum memandangku.

"Aku dapat kau Syafiqa.. Aku dah lama impikan saat begini..", Syafiq memegang tanganku.

"Er ja..jangan ma..macam ni.Tolonglah Fiq.. lepaskan aku.. Jangan buat macam ni.. " Air mataku mula mengalir.Aku semakin takut..

"Hafiz, Aima aku dah tak boleh berdiam diri. Aku mesti cari Ika.Dah tiga hari Ika hilang..Aku takut.. aku takut fiz,Aima..", Shahril berkata.

" Shah, sabarlah.. ok kita cari Ika eh," ujar Hafiz. Kita berpecah. Aku ngan Aima kau ngan Wani,"cadang Hafiz.

"Ah! Tak naklah aku cari Ika", bentak Wani.

"Tak pelah korang berdua biar aku sorang.Nanti kalau ada pape aku contact korang.. Tolong eh cari Ika.. Air mata Shahril mula bergenang.Kini dia sedar yang dia terlalu sayangkan Ika.

" Shah, jangan cakap camtu.kitaorang pun kawan Ika gak.Aku berdosa ngan Ika.Aku selalu berkasar dengan dia," Aima kesal.

Separuh hari pencarian mereka tidak berjaya.Ika tidak ditemui.

"Macam mane ni? Air mata Shahril mula mengalir. Aku sayangkan dia Fiz,Aima.. Kata Shahril perlahan.

Kami tau Shah," ujar Aima.

"Aku takut.. hati aku ni sentiasa berdebar.. Aku dapat rasakan yang Ika dalam bahaya ,"tambah Shahril.

Masing-masing diam sambil berfikir. Lantas Hafiz bangun.

"Ikut aku!" Aima dan Shahril berpandangan.

"Ke mana? " tanya Aima.

"Aku tau satu tempat yang selalu Syafiq dan gengnya pergi."

"Lepaskan aku Syafiq", rayuku.Syafiq tidak menghiraukan rayuanku.

Dia semakin rapat denganku.Dia mula bertindak lebih ganas.Dia mencium pipiku.

"Aku tak kan lepaskan kau Syafiqa.Mana mungkin aku lepaskan gadis secantik kau tanpa mendapat apa-apa bahagian.. haha.." ketawa syafiq.

Aku menelan air liur.Aku sepak dia dan cuba larikan diri. Tapi malangnya Syafiq telah dulu merangkul pinggang ku.

"Jangan lari sayang.. Syafiq berbisik.

"Lepaskan aku! Jeritku.. Tolong..! Tolong!..

"Diam! " satu tamparan kena di pipiku. Kurasakan cecair pekat mengalir di bibirku.. Pedih hanya Tuhan yang tau.

"Jangan cuba larikan diri dari aku.

Aku meronta-ronta minta dilepaskan.Saat Syafiq menghempap badanya air mataku jatuh satu persatu dengan banyaknya..

"Lepaskan aku Fiq.. Tolongla jangan buat aku macam ni.aku meronta.. Tapi apa kudrat seorang perempuan.Syafiq menampar pipiku berkali-kali.. Dia mengoyak pakaianku.. Aku cuba sedaya upaya untuk lepaskan diriku.. Selagi tenaga ku masih ada aku cuba melepaskan diri..Namun kepalaku terasa pening.. Pandanganku makin kabur..Ya Allah aku pasrah pada-Mu.. Shah tolong Ika.. Air mataku semakin deras.

"Eh itukan kereta Syafiq," ujar Aima. Hafiz dan Shahril berpandangan..

"Aku dengar suara orang menangis," tambah Aima lagi.

."Cepat kita masuk.." Dengan berhati-hati mereka menuju ke dalam.Hafiz mengintai melalui tingkap.

"Ika ada di dalam! Kita kena cepat selamatkan dia.Aku tengok Ika dah tak bemaya." Mereka merempuh masuk.

"Binatang! satu tumbukan dilepaskan. Shahril tak mampu membendung perasaan marah bercampur benci apabila terpandangkan Ika diperlakukan sebegitu rupa.Dia dan Hafiz membelasah Syafiq secukup-cukupnya.. Aima berlari ke arahku..

"Ya Allah Ika.. Jangan takut Ika ni aku Aima..

Aima memelukku sambil menangis.Sebak dirinya apabila terlihatkan keadaan sahabatnya itu.Aima mengambil kain yang berdekatan untuk membalut tubuhku yang separuh tak berpakaian dan mengelap darah yang mengalir dari bibirku.Air mataku tidak mahu berhenti.Aku malu bila terfikirkan keadaan diriku.. Aku nampak Shahril mendekatiku.. Lantas dia memelukku.. "Jangan takut sayang.. Sekarang Ika dah selamat", Shahril mengesat air mataku..

"Kita bawa dia ke hospital cepat!" Shahril memberi arahan.Saat itu aku sudah tidak sedarkan diri.

"Tolong.. lepaskan aku..Lepas!.." aku meracau..

"Ika.. Ika.. mengucap sayang.. Jangan takut Ika dah selamat sekarang.Ika kat hospital sekarang ni", pujuk Shahril menenangkan diriku sambil menggenggam erat tanganku.

Aku membuka mataku.Aku dapat lihat Shahril,Aima dan Hafiz bersama-samaku.. Kepala aku sakit.Aku malu dengan mereka semua.. Tambahan pula mereka telah tengok keadaan diriku.. Air mata ini galak untuk mengalir..

"Ika jangan menangis.Maafkan Shahr eh.. Shah tak sepatutnya layan Ika macam ni",ujar Shahril sambil mengesat air mataku. Aku tak mampu untuk berkata-kata. Air mataku terus-terusan mengalir.

"Ika kejap lagi mak kau sampai.Kau berehatla ye.Jangan diingat sangat perkara yang lepas.Maafkan aku Ika",ujar Aima pula.

"Betul tu.Kaulah kawan kami Ika dunia & akhirat.Ika yang aku kenal seorang yang tabah.Kuatkan hati kau Ika.Kau dah selamat. ",tambah Hafiz lagi. Ku pejamkan mataku.Peristiwa itu merupakan peristiwa paling ngeri dalam hidup aku.

Sudah seminggu aku berada di rumah.Selama itu juga aku menderita apabila terkenagkan kisah lalu.Untuk aku melupakannya amatlah payah.Aku bersyukur kerana terselamat.Aku tak tau apa yang terjadi dengan Syafiq.Cuma yang aku dengar dia sudah dibebaskan.Maklumlah anak orang kaya dan ternama mampu lakukan apa sahaja.Rakan-rakanku mengatakan yang sikap Syafiq telah berubah.Dia menjadi seorang yang pendiam.Mungkin kerana malu.Sejak kejadian itu Shahril sentiasa menghubungiku.Dia sentiasa memberi semangat padaku. Sedang aku leka tiba-tiba telefon ku berbunyi..

"Assalamualaikum Ika.Ika ape khabar? Sihat? ", soal Shahril.

"Wa'alaikumussalam.. oo Shah.Ingatkan sape tadi.Em Ika sihat Shah tapi.. tulah tak taula bila Ika dapat kembali ke kampus.Ika takut Shah..",jawabku perlahan.

"Ika jangan macam ni.Saya tau awak masih trauma dengan apa yang dah terjadi.Tapi awak kena kuat.Kalau awak lemah sampai bila awak tak nak datang kelas.Kami semua rindukan awak Ika",ujar Shahril. Tenangkan diri awak dan kembalilah ke sini.Kami semua akan bantu awak sebanyak yang mungkin.Percayalah Ika," Shahril menasihatiku.

" Shah doakan saya eh..Saya akan cuba buat yang terbaik.Insya-Allah bila saya dah bersedia saya akan kembali semula ke kampus." ujarku.
"Ok lah kalau Ika cakap macam tu.Saya akan sentiasa doakan Ika.Semoga cepat sembuh eh.Saya rindukan awak Ika.Jaga diri awak baik-baik.Assalamualaiku. Shahril mematikan talian.

Setelah dua minggu aku berada di rumah aku kembali ke kampus.Ku tabahkan hati ini untuk melupakan semuanya.Aku sibukkan diri dengan mengulangkaji pelajaran.Banyak juga yang aku tertinggal selepas dua minggu aku tidak hadir ke kuliah. Shahril,Hafiz dan Aima banyak membantu aku dan banyak memberikan sokongan padaku. Di dalam kelas aku sering terserempak dengan Syafiq.Hatiku terlalu pedih bila terkenangkan peristiwa itu.Syafiq tidak dikenakan sebarang hukuman kerana bapanya seorang yang berpengaruh.Tetapi Syafiq tidak lagi mengganggu aku. Hubungan aku dengan Shahril pula berjalan seperti biasa.Cuma aku rasa perhubungan ini terlalu hambar kerana hati aku tidak lagi seperti dulu. Pengalaman pahit itu banyak merubah diriku sedikit sebanyak.

No comments:

Post a Comment