Thursday, February 25, 2010

Pergilah Derita (PART 7)

Malam itu Shahril,Hafiz,Aima dan Wani meraikan kejayaan mereka.Walaupun mereka menyambung pelajaran di UK tetapi konvo mereka tetap di UIAM dan berlangsung pagi tadi.Mereka memilih Hotel Hilton untuk meraikan kejayaan mereka pada hari itu. Tetapi jauh di sudut hati Shahril Haikal kejayaannya ini tak begitu bermakna tanpa kehadiran insan tersayang.Dia benar-benar tidak faham mengapa Syafiqa mendiamkan diri selama ini.Hatinya terlalu pedih untuk melupakannya.

"Dah la Shahril.Lupakanlah Syafiqa.Dia dah ada pengganti kau.Buat apa kau nak berharap pada perempuan yang tak kenang budi sepertinya.", Hafiz bersuara bagai memahami kemurungan sahabatnya itu.

"Tah kau ni.Hei come on la.. Malam ni kan kita nak celebrate.Tak best la kalau kau muram je.",tambah Wani lagi.

"Tapi aku tetap rasa kehilangannya..",Aima tiba-tiba bersuara setelah lama menyepikan diri. "Seburuk-buruk dia, Ika tetap kawan kita.Aku tak fahan kenapa Ika sanggup buat macam tu.Dah lama aku kenal dia.Dia takkan buat sesuatu tanpa sebab.",Aima menyuarakan suara hatinya.

"Bukan ke tadi kau bukan main marahkannya.Kenapa tiba-tiba kau cakap macam ni pula?",soal Hafiz kehairanan.

"Entahla Fiz, kalau betul dia bahagia kenapa aku nampak cahaya kesengsraan di mata dia? Kenapa aku tak nampak sinar kebahagiaan di mata dia? Aku tenung dia lama.Aku tau dia ada sembunyikan sesuatu dari kita.Dari riak wajahnya dia sengsara dan hanya berpura-pura gembira.",terang Aima mendatar.

Semua mata memandang ke arah Aima. Shahril tersentak.Dia mengutuk dirinya dalam hati.Kenapa tidak dia yang dapat mengesan semua itu tetapi Aima yang lebih tau? Ya Allah apa sebenarnya yang ditanggung Syafiqa.Dia perasan mata itu tidak bersinar seperti dulu.

"Sudahla..Itu hanya perasaan kau saje.Entah-entah dia bahagia.",Ujar Wani.

"Em aku setuju.Hei cakap nak celebrate cepatla.."Hafiz menyambung lagi.

Suasana yang bungkam ceria kembali.Semua kisah-kisah mereka di UK dulu disingkap kembali.Mereka bergelak ketawa ceria.Namun mereka tidak sedar di satu sudut dunia yang lain ada insan yang menangis kesedihan. Dalam mereka bergembira tiba-tiba ada suara yang menyapa. Mereka bepandangan.

"Asrol kan?",soal Shahril. Asrol mengangguk dan tersenyum tawar. Sebenarnya dia mencari seseorang tetapi hampa kerana orang yang dicarinya tidak ada di situ.

"Dah lama tak jumpa kau.Kau apa khabar? Sihat? ",soal Wani pula.

"Aku sihat.", ringkas jawapannya.

"Eh duduklah Asrol.Dah terlajak jumpa ni.Aku belanja", ujar Shahril.Yang lain semua mengangguk..

"Er.. tak mengapalah.Aku ingat korang bersama dengan Syafiqa.Aku nak jumpa dia.",ujar Asrol dalam nada sedikit kecewa. Semuanya tersentak.Semua mata memandang ke arah Asrol.

"Untuk apa kau nak jumpa Syafiqa?",soal Aima memecah kebisuan.
Wajah Asrol berubah menjadi keruh.Dia menyesal dengan perbuatan kejamnya terhadap Syafiqa.Dia ingin meminta ampun dan maaf.Kalau perlu dia sanggup melutut untuk mendapatkan kemaafan dari gadis itu.

"Asrol..", Hafiz menyapa.Lamunannya terhenti. Ada air jernih tumpah dari juring mata lelaki itu.Semua kaget dengan situasi itu.

"Eh Asrol kenapa ni? Ceritakanlah pada kami semua.",ujar Shahril mula tidak sedap hati.Lebih-lebih lagi nama Syafiqa turut terlibat.

"A..Ak..aku minta maaf Shahril..A.ak…aku bersalah pada kau..Lebih-lebih lagi Syafiqa.Aku brdosa.. Aku berdosa pada Syafiqa.",rintih Asrol.Air matanya tumpah dengan banyaknya.

"Dua tahun dulu… ak..aku telah perkosa Syafiqa.. Aku berdosa pada dia..Aku berdosa!", Asrol telah membuat satu pengakuan yang mengejutkan semua orang."Aku sukakan dia.Lepas korang pergi aku cuba dekati dia.Tapi dia langsung tak pedulikan aku.Aku tau hanya kau di hatinya Shahril.Aku jadi gila bila cinta aku di tolak.Aku berdendam dan aku telah bersumpah akan musnahkan hidup dia.Ta..pi.. lepas apa yang aku buat pada dia..aku telah dibuang universiti.Mak dan ayah aku juga buang aku.Aku menderita dengan tindakan aku sendiri.. Aku tau Syafiqa lagi susah untuk terima keadaan dirinya yang sudah hilang harga diri..".tersedu-sedan Asrol di situ.Air mata keinsafan bercucuran jatuh ke bumi.

"Aku menyesal..Dan aku perlu berjumpa dengan Syafiqa.Aku sanggup buat apa sahaja asalkan dia sudi maafkan aku..

Demi mendengar penjelasan Asrol, Shahril bingkas bangun.Kini dia mengerti kenapa gadis itu menyepikan diri."Ika.. kenapa tak bagi tau Shah semua ini..", rintih Shahril.Air mata mula bergenang di kelopak mata.Tidak sanggup lagi Shahril terus berada di situ.Hatinya pilu mengenangkan nasib gadis yang disayanginya..Begitu juga Hafiz dan Aima.Baru kini mereka mengerti penderitaan batin Syafiqa.Hafiz sebak mengenagkan apa yang telah dia cakapkan kepada Syafiqa petang tadi.Hatinya turut rasa bersalah.


Keesokan harinya Shahril,Aima dan Hafiz pergi ke rumah abang Syafiqa.Namun mereka hampa kerana diberitahu Syafiqa telah pulang ke kampung awal subuh tadi.

"Hafiz.. aku perlu cari Ika..Aku dah tak mampu tahan rasa bersalah dalam diri aku ", Shah bersuara.

"Apa kata kita ke rumah Syafiq.Dia kan rapat dengan Syafiqa selepas kita pergi.Lepas tu kita bertolak ke Kedah",cadang Aima.Mereka bersetuju dan berlalu ke rumah Syafiq.

Bagaikan batu terhempap ke kepala.Terasa perit untuk Shahril menerima apa yang dilalui gadis kesayangannya. Shahril berasa dirinya tidak berguna kerana membiarkan Syafiqa melalui saat getir sendirian.Demi mendengarkan cerita Syafiq, Shahril terjelopok jatuh ke lantai.Air matanya berjujuran tanpa henti Dia rasa kesal meninggalkan Syafiqa 3 tahun dahulu.Pedih hatinya mendengar penjelasan Syafiq.

"Sabar Shahril..Mengucap banyak-banyak.",pujuk Hafiz.

"A..aku bersalah Fiz.. Aku bersalah.. kerana tinggalkan dia di saat dia perlukan aku..",rintih Shahril Haikal. Hati Hafiz dan Aima hiba melihat keadaan Shahril.Mereka tau demi gadis yang bernama Syafiqa air mata lelakinya terlalu murah.

Kini mereka menuju ke Kedah.Di mana kampung halaman Syafiqa. Shahril memandu dengan berhati-hati.Fikiranya hanya satu iaitu Syafiqa. Masih terngiang-ngiang lagi penjelasan Syafiq.

Dua tahun dahulu, Syafiqa di tuduh mengambil wang persatuan sebanyak RM3000. Dia dikehendaki membayar kesemuanya.Nama Syafiqa telah tercemar dan di senarai hitamkan.Dia digantung pengajian selama 1 semester. Dalam kesedihan itu dia diperkosa oleh Asrol.Dan di situ terbongkar segala-galanya.Syafiqa dianiaya.Asrol yang merancang.Seminggu selepas Syafiqa diperkosa ibu bapa syafiqa pula terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia.. Ya Allah betapa hebatnya dugaan yang Kau berikan..

No comments:

Post a Comment