Thursday, October 8, 2009

Pergilah Derita (PART 5)

"Ika sebenarnya saya ada benda nak cakap dengan Ika",ujar Shahril lambat-lambat.

"Apa?",soalku ringkas. "Ha jangan kata Shah nak tinggalkan saya.Kalau betul saya takkan maafkan awak sampai bila-bila tau!", aku berseloroh.

Shahril menelan liur.'Macam mana aku nak bagi tau dia ni..Ya Allah kenapala dulu aku tak bagi tau dia dari awal lagi.' Rasa bersalah menerpa dalam diri Shahril.

"Hei nape diam? Cakaplah.. saya gurau jela.Saya percaya awak takkan tinggalkan saya kan?",ujarku lagi.

Shahril makin kaku.Tidak tau macam mana dia nak berterus-terang dengan insan yang terlalu dicintainya bahawa dia akan meninggalkan Syafiqa selama 3 tahun.Dia akan ke UK untuk menyambung pelajarannya.Empat bulan yang lalu dia,Hafiz,Aima dan Wani telah sama-sama mengisi borang untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara atas tajaan UIAM.Dia tidak menyangka mereka berempat di terima.Sebenarnya mereka mengisi borang itu sekadar ingin mencuba nasib dan tidak pernah mengharap.Dia tidak memberitahu Syafiqa kerana pada masa itu hubungannya dengan Syafiqa tidak berapa baik.Shahril mengeluh..Mana mungkin dia melukakan hati Syafiqa.Gadis itu terlalu istimewa di hatinya.

"Shah.. kenapa susah sangat awak nak bagi tau saya? Awak akan tinggalkan saya kan? Awak dapat tawaran ke UK kan? ",akhirnya Ika bersuara.

Dia tau berita itu beberapa hari yang lepas.Itu pun dia terdengar perbualan Aima,Hafiz,Wani dan Shahril.Dia sedikit berkecil hati kerana mereka tidak memberitahu dari awal lagi.Tapi apa yang boleh dia buat.Hatinya memang benar-benar kecewa dan terluka.Dalam masa 3 tahun dia akan kehilangan orang yang tersayang dan sahabat-sahabat yang tak mungkin dapat ditukar ganti.. Ada air jernih mengalir tika itu.Hatinya sebak..

Shahril terkejut dengan apa yang Ika cakapkan sebentar tadi.Dia rasa bersalah demi melihatkan air mata Syafiqa.

"Ma..maafkan saya Ika.. Saya..saya tak bermaksud nak tinggalkan awak..Cuma untuk 3 tahun je kita berjauhan..Tapi percayalah yang hati dan cinta saya hanya untuk awak seorang saja.",Shahril memujukku.

Air mata ini terus mengalir.Hatiku terlalu pedih..

"Pergilah Shah.. Untuk 3 tahun saya tak mampu berjanji.Macam-macam boleh terjadi.Jangan bagi saya harapan Shah.. Awak akan bergelar graduan dari luar negara sedangkan saya.. Kita dah tak sama Shah..Awak jauh lebih tinggi dari saya.",ujarku mendatar.

"Ika.. jangan cakap macam tu.Selagi kita yakin,percaya dan setia antara satu sama lain kita akan tetap bersama.Ika.. jangan buat Shah makin berat untuk tinggalkan Ika.. Sa..saya saya sayangkan awak.",Shahril meyakinkan diriku.

Aku ingin berlalu.Tidak sanggup untuk aku berada di situ dengan lebih lama lagi.. Tapi pantas Shahril menarik tanganku.

"Ika.. jangan macam ni.. Maafkan saya sebab tak bagi tau awak awal-awal lagi.Ika 3 tahun Ika hanya 3 tahun.. Believe me.. Shah takkan kecewakan Ika."Shahril tidak jemu memujukku.

Aku hanya mampu menggeleng. "Pergilah Shah.. pergilah.. jangan tunggu Ika lagi.Andai kata ada orang yang lebih baik dari Ika Lupakanlah Ika.. Shah.Jangan harapkan Ika lagi.Kita berpisah Shah.

"Ika! Apa awak cakap ni! "Shah mula meninggikan suara.

Aku hanya mampu diam.Hatiku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan kini. Demi terpandangkan wajah keruh Syafiqa, Shahril rasa sayu.

"Ika.. percayalah pada saya.Saya takkan tinggalkan awak.Saya tak nak berpisah dengan awak.Saya ke sana pun untuk further study.. Belum sempat Shahril menghabiskan ayatnya aku berlalu pergi.Tidak sanggup untuk terus-terusan aku berada di situ.Aku tidak menghiraukan laungan Shahril.

Esok aku akan balik ke kampung halamanku kerana cuti semester telah bermula.Aku inginkan ketenangan. Biarlah biarlah semua kenangan itu berkubur.Aku tidak mahu berharap lagi pada orang yang bernama Shahril Haikal. Aku telah siap-siap berkemas untuk pulang.

Keesokan harinya aku ke jalan duta untuk menaiki bas yang menuju ke Kedah.Di sana ma dan abahku sedia menanti kepulangan anaknya ini. Aku sampai di stesen bas setengah jam awal.Aku hanya duduk di tempat menunggu.Tanpa ku sedari bahuku disentuh lembut.Aku berpaling dan terkejut apabila mendapati Aima,Hafiz dan Shahril berada di belakangku. Aima memelukku erat.

"Maafkan aku Ika..Maafkan aku sebab tak bagi tau kau semua ni.. Aku tak jangka kitaorang akan terpilih.Air mata Aima sudah mula menitis..Aku tak terniat..Sumpah aku tak teniat nak tinggalkan kau sorang-sorang di sini.. Aku hanya memandang sepi.Tiada kata yang mampu ku luahkan.Apa yang aku tau hatiku terlalu kecewa dengan apa yang telah diaorang lakukan.Demi menjaga hati semua aku hanya mampu tersenyum.

"Pergilah Aima.. Hafiz ini peluang korang.Tak semua berpeluang macam korang berempat. Aku doakan semoga korang semua berjaya.. aku melepaskan pelukan Aima. Hatiku sebak.Tapi ku tahan jua air mata ini dari mengalir. Aku melangkah ke arah Shahril.

"Shah.. terimalah hadiah yang tak seberapa ni dari saya.. Selagi hati kita saling menyayangi antara satu sama lain jauh mana pun kita terpisah ia akan tetap kekal.Cuma satu yang saya pinta andai kata ada antara kita yang berubah hati kita kena terima..Maafkan salah silap saya selama ni.Halalkan makan minum saya kalau ada yang saya terhutang.. Saya akan tunggu awak Shah.. ", ujarku. Air mata ini mula mngalir.Aku tersenyum dan mula melangkah pergi.

"Semoga korang berjaya.Maafkan aku kearana tidak dapat menghantar korang berlepas.Jaga diri baik-baik." Aku berlalu meninggalkan mereka. Paergilah sahabat-sahabatku.. jerit batinku.

No comments:

Post a Comment