Sunday, October 11, 2009

Pergilah Derita (PART 6)

"Best Student of Kulliyyah Engineering sponsored by Kulliyyah Engineering the Winner is Syafiqa Atikah Bt Mansor"

Aku melangkah penuh hati-hati untuk menerima anugerah itu. Setelah 3 tahun aku bertungkus-lumus akhirnya aku berjaya menamatkan pengajianku dalam bidang Kejuruteraan Komunikasi. Dan yang paling menggembirakan hatiku ialah aku mendapat pelajar terbaik dalam kulliyah aku.Sedangkan aku tidak menjangkakan ianya akan berlaku kerana aku akui selalunya pelajar terbaik akan disandang oleh pelajar Kejuruteraan Mekatronik atau pun pelajar Kejuruteraan Automotif.

Setelah tamatnya majlis aku melangkah ke kereta untuk aku pulang ke rumah abangku di Putrajaya.Tiba-tiba aku dikejutkan sentuhan di bahu ku. Aku berpaling.. Ya Allah.. aku terkejut demi terpandangkan wajah sahabat-sahabat yang paling ku rindu.Ada air jernih mengalir di pipi.. "Aima.. ", hanya itu yang mampu aku suarakan. Lantas aku memeluk Aima.. Aima membalas pelukanku.

"Tahniah Syafiqa! ", Hafiz bersuara setelah suasana agak reda.

"Terima kasih Fiz", aku hanya mampu tersenyum.

"Ika jom kita pergi minum dulu."ajak Aima. Aku hanya menangguk dan mengikut mereka.

Di café masing-masing hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba Shahril muncul di situ.Aku jadi gugup.Aku nampak Shahril bukan main mesra lagi dengan Wani.Hatiku sayu.. Aku tau semuanya sebab diriku. Sudah 2 tahun kejadian buruk itu berlalu.Setelah ianya berlaku aku tidak lagi membalas atau pun menjawab sebarng panggilan telefon dari sahabat-sahabatku apatah lagi Shahril.Aku sedar aku telah sedaya-upaya menjauhkan diriku dari mereka semua. Rinduku pada mereka ku simpan jauh di dasar hatiku. 'Maafkan Ika, Shah sebab Ika dah mungkir janji.Ika tak dapat tunggu Shah lagi.Semoga Shah bahagia dengan pilihan Shah sekarang',bisik hati kecilku.

Shahril terperanjat apabila terpandangkan aku.Dia jadi kaku seketika.Kemesraanya sebentar tadi terus hilang.Ada rasa rindu demi terpandangkan wajah itu.Tetapi dia tidak tau kenapa Syafiqa menyepikan diri hampir 2 tahun.Dan selama itu juga lah dia menderita. Ada perasaan benci timbul di hatinya.Sia-sia kasih sayang yang diberikan selama ini.Demi menyakitkan hati itu dia mencapai tangan Wani.Mereka berpimpin tangan dan menuju ke arah Syafiqa,Hafiz dan Aima.Wani terkejut dengan perlakuan Shahril.Baginya dia terlalu drastik.Wani akui memang dia mempunyai perasaan terhadap Shahril tetapi dia tahu hati Shahril hanya pada Syafiqa seorang.

Ya Allah kau kuatkanlah hati ini..Doa Syafiqa di dalam hati.Dia tau hatinya terusik dengan perlakuan Shah.Bukan dia tidak sayang tetapi keadaan memaksa dia bertindak seperti itu.Dia malu untuk berdepan dengan Shah dan kawan-kawannya.

"Hai dah lama korang tunggu?', sapa Shah mesra.Tidak ada rasa bersalah sedikit pun timbul dalam hatinya.

"Em baru je.Tunggu kau la lama sangat.Mana kau pergi?", balas Hafiz.

Aku hanya mampu terdiam.

"Tahniah Ika!", ujar Wani sambil menghulurkan tangannya padaku.Aku hanya tersenyum dan menyambut huluran tangannya itu.

"Thanks",balasku ringkas.Aku tidak betah untuk berada di situ dengan lebih lama.

"Aima, Hafiz aku minta diri dulu ye. Aku ingat nak balik rumah abang aku kat Putrajaya.Lambat nanti takut jamned plak.",aku menyuarakan hasrat hatiku.

"Eh nantila dulu.Dah lama aku tak berbual dengan kau.",kata Aima.

"Em biarlah Aima orang dah berjaya mane ingat nak duduk dengan kita lagi.Sebelah mata pun dia tak pandang.Kita ni tak dapat best student macam dia",ujar Shahril.

Aku terkejut dengan kata-kata yang lahir dari mulut Shahril. Ya Allah dugaan apakah ini.Sabar Syafiqa! Sabar!,bisiknya di dalam hati.

"Er bukan macam tu.Ka.. kalau aku kat sini pun tak de ape aku nak cakap. Korang lainlah boleh kongsi cerita korang masa kat UK dulu.Aku ni hanya pelajar terbaik kat sini je bukan macam korang", aku membalas. Semua orang diam.

"Ika.. kenapa awak buat saya macam ni?",akhirnya keluar jua soalan itu.Soalan yang tidak mampu untuk aku menjawab. "Mana janji-janji awak untuk tunggu saya? ",soal Shahril.

Aku hanya diam membisu. Tak mampu lagi untuk aku berkata-kata. Akhirnya aku bangun jua dengan kudrat yang sedikit melangkah meninggalkan mereka.Tetapi pantas Adi menyambar tanganku.

"Jangan seksa hati saya dengan diam begini Syafiqa! Cakap apa salah saya Ika! Cakap!", jerit Shahril. Aku terkejut.

"Shahril, sabar Shahril ",Wani yang berada di sebelahnya cuba menenangkannya.

"Aku tak peduli apa orang nak cakap.Yang aku tau aku nakkan jawapan dari dia.",suaranya mula kendur. Air mata ini manitis kembali. Ya Allah aku lemah berhadapan dengan orang yang pernah mencuri hatiku.

"Maafkan Ika Shah..Ika tak mampu tunggu Shah lagi.", lemah ucapanku.

"Tapi kenapa? Apa alasanya Ika?",soal Shahril.

Aku hanya menggeleng.Sungguh aku tidak ada jawapan untuk itu.

"Senagnya hati awak Syafiqa.Senagnya awak memberi jawapan.Awak tau tak saya hampir gila bila tiap-tiap hari asyik memikirkan tentang awak.Apa yang telah saya buat sampai awak tak pernah mahu balas surat saya lagi.Apatah lagi nak menjawab panggilan telefon dari saya.Kenapa Syafiqa? Kenapa awak buat begini?",soal Shahril bertubi-tubi. Suaranya lemah kedengaran.

Ya Tuhan sumpah aku tak terniat untuk sakitkan hati dia..Jerit batinku..

"Ika minta maaf, Shah", hanya itu yang mampu ku lafazkan dalam sedu.

"Maaf,maaf, maaf itu aje yang awak tau?",suara Shahril makin meninggi.

Aku tak dapat bertahan lagi.Aku malu apabila menjadi perhatian ramai.Akhirnya aku berlalu pergi tanpa menjawab apa-apa soalan lagi.Hatiku pedih.. Aku masih sayangkannya.Sumpah hanya dia yang berada di hatiku. Shah.. Ika tak tau apa yang perlu Ika cakap.Maafkan Ika Shah,maafkan Ika.. Air mataku semakin laju.

Sejak 2 tahun air mata ini sering menjadi teman hidupku.Aku akui Shahril tidak pernah memungkiri janjinya.Setiap bulan dia akan menghantar email atau pun surat.Dia juga akan menelefon aku.Aku sentiasa menunggu panggilan telefon itu.Tetapi semuanya berubah sejak setahun Shahril meninggalkanku..Dia masih setia menghantar surat atau email tetapi hanya aku yang tidak membalasnya. Ya Allah apa yang harus aku lakukan. Lama aku berkeadaan begitu sehinggala aku tersedar ada orang mengetuk cermin keretaku.Aku terpandang wajah Aima dan Hafiz. Aku mengesat air mataku.Aku keluar untuk bercakap dengan mereka.

"Aima, Hafiz.. aku pohon pada kalian jangan tanya aku kenapa.Biarlah semua ini berlalu.Aku tau apa yang aku lakukan.Maafkan aku Aima,Hafiz aku telah kecewakan korang semua.", ujarku.Aku tunduk.Aku tidak mampu untuk melihat wajah sahabat-sahabatku.

"Kami betul-betul kecewa dengan kau Ika.Kami tak sangka kau akan berubah begitu sekali.Kini betullah cakap Wani kau dah ada orang lain.Dan dengan gelaran yang kau sandang sekarang kau makin sombong dengan kami Syafiqa! Marah Hafiz.

"Kau perempuan yang tak tau mengenang budi.Apa kau tidak ingat tentang kejadian lalu? Kau kejam Syafiqa!Kau Kejam!",sambung Hafiz lagi.

"Aku sangka kau sahabat aku yang paling aku sayang.Tapi kau telah kecewakan aku.Ika kami tak pernah mahu percaya dengan tohmahan Wani.Sebab kami tau dia ada hati pada Shahril.Dia cakap kau macam-macam.Demi persahabatan ini aku dan Hafiz tak pernah percaya.Apatah lagi Shahril.Aku berharap sangat semua ini satu pembohongan tetapi.. Kau.. kau benar-benar kecewakan kami!", Aima begitu marah padaku. "Aku benci kau Syafiqa! Aku benci! Mulai hari ini kita bukan lagi sahabat! Aku tak kenal dengan orang yang bernama Syafiqa Atikah!", jerit Aima.

Ya Allah berat sungguh ujian-Mu.Demi mendengarkan ayat itu aku berlalu pergi.Aku tidak sanggup lagi untuk mendengar penghinan seterusnya.Biarlah apa yang mereka anggap.Aku pasrah.. Air mata jua setia menemaniku..Aku tidak dapat menahan perasaan ini. Aku memandu untuk pulang ke rumah abangku. Ma.. abah Ika rindukan kalian.. Terlalu rindu..Anakmu ini sangat menderita.. Peluklah Ika ma..peluklah Ika abah.. Batinku merintih..

Setelah lebih kurang sejam memandu aku kini berada di depan rumah abangku.Aku mengeluh sendirian.Kejadian tadi benar-benar merobek perasaanku.Aku sangka aku kuat.Aku mampu berlakon tetapi aku tak terdaya.Aku terlalu sayangkan dia.Hanya dia di hati aku.Akhirnya aku melangkah masuk ke rumah abangku.Tidak ku sangka abang dan kakakku membuat majlis meraikan kejayaanku.Aku terharu.Biarpun mereka sibuk namun mereka tidak pernah lupa akan tanggungjawab mereka terhadapku.Masih ada insan yang menyayangiku.Sejak kematian kedua orang tuaku aku tinggal keseorangan di rumah.Cuma sekali-sekala aku akan balik ke rumah abangku.Aku sedikit terkilan kerana tidak ada ahli keluargaku yang menghadiri majlis konvokesyenku pagi tadi.Aku faham kasih saudara tak mungkin sama dengan kasih ibu bapa.Abang dan kakakku sibuk sejak kebelakangan ini.Tetapi apabila mereka meraikan aku sebegini hatiku terubat sedikit sebanyak.

"Apa rancangan Ika lepas ni? ", soal abangku.

"Em Ika ingat Ika nak cari kerja la.Tapi sebelum tu Ika nak balik kampung.Ika nak ke kubur ma dan abah.",jawabku.

Abangku hanya mengangguk.Dia faham benar dengan sikapku yang suka menziarahi kubur emak dan abahku.

"Bila Ika nak balik?",soal kakakku pula.

"Erm.. Ika ingat esok atau lusa Ika balik.Dalam 2,3 hari Ika balik la sini semula.lagi pun Ika ada temuduga minggu depan.",jawabku.

"Eh Ika dah dapat tempat ke? ",soal kakak iparku. Aku hanya menangguk sambil tersenyum.

"Saje nak buat surprise..Tapi dah tercakap plak.Ika ingat nak bagi tau kalau Ika dah berjaya temu duga."ujarku panjang lebar.

"Tahniah Ika! Kakakku mencium lembut pipiku.Eloklah kalau macam tu.Takla Ika asyik memerap je kat rumah.",ujar abang iparku pula yang diam dari tadi.Aku hamya tersenyum.

Malam itu aku tak dapat melelapkan mata.Aku terlalu rindukan dia.. Sesungguhnya aku tak mampu melupakan dirinya.Dia terlalu baik untukku.Tetapi aku tak mampu untuk menerima dirinya kerana aku sedar aku yang tidak layak untuk orang sebaik Shahril Haikal.

No comments:

Post a Comment