Saturday, March 7, 2009

Pergilah Derita (PART 2)

Malam itu aku tak dapat melelapkan mata…Nak study pun apa la lagi.. Aku dah fikir masak-masak esok aku nak jumpa Pn. Sarah.

"Assalamualaikum semua.. Hari ini saya ada sedikit pertukaran partner. Asrol awak dengan Kartini, Wani awak dengan Shahril dan awak Syafiqa dengan Syafiq", Pn.Sarah memberitahu.

Aku memandang Shahril yang berada di sebelahku.. "Sampai hati awak Ika",ujarnya perlahan. Aku hanya mampu terdiam. Sesekali terasa gugup bila fikirkan partner baru aku.Siapa tak kenal dengan Syafiq.Anak orang berada dan terlalu berpengaruh.Dia memang senakal-nakal pelajar.Apabila tamatnya sesi lab pada ari ini Aima dan Hafiz datang kepadaku.

"Ape yang kau buat ni? Aku ingat kau betul sayangkan dia tapi rupa-rupanya sayang palsu je.Aku tak penah faham dengan diri kau Syafiqa!"jerit Hafiz kepadaku. Aku kaget.

"Sekarang baru aku tau Ika perangai kau yang sebenarnya.Memang betul la orang cakap selama ni kau dengan Asrol.Sudah lah Fiz, Kalau dia buang Shahril bermakna dia buang kita juga sebagai kawannya.dah jom kite pergi.Tak kuasa aku nak layan pengkhianat macam dia ni",marah sekali Aima padaku.

Tidakku sangka begini sekali penerimaan mereka terhadapku.Mahu menangis aku di situ dengan apa yang terjadi.Malah tidak sempat untuk aku membela diri.Tetapi ini semua berpunca daripada aku jugak.Tak mengaapalah. Biarlah apa diorang nak anggap aku pun..

Sudah sebulan berlalu, mereka masih tidak mahu menegur aku lagi. Shahril makin intim dengan Wani.Selama itulah aku dan Shahril tak pernah berhubung lagi.Aima pula tak abis-abis marahkan aku.Entahlah.. Aku tak pernah dengar kata putus dari Shahril.Mungkin dia lebih selesa dengan Wani.

Kami telah ditugaskan untuk membuat projek di mana kami terpaksa mencari lokasi Seperti biasa aku masih lagi sekumpulan dengan Syafiq. Petang itu aku dipaksa Syafiq untuk keluar bersamanya mencari tapak.Belum sempat aku berkata dia telah menarik tanganku masuk ke keretanya.

"Apa kau ni.Aku nak balik.Hantar aku balik!",jeritku pada Syafiq.

Syafiq menampar pipiku.. Kau diam! " bentak Syafiq lagi. Aku tergamam.Belum pernah ada orang yang menampar aku selain dia. Aku jadi makin takut apabila kereta yang dipandu Syafiq meluncur laju.

Di café Shahril bagai cacing kepanasan."Kau ni nape Shah?"soal Hafiz.

"Tah dari tadi aku tengok kau macam ada masalah je.Kau gaduh ngan Wani ke? Tambah Aima lagi.

"Er.. aku tak sedap hatila.. Tadi aku nampak Syafiq ngan Ika.Aku nampak Syafiq berkasar ngan Ika, dia tarik Ika dan paksa Ika ikut dia.Aku takut perkara yang tak elok terjadi kat Ika." Ujar Shahril penuh kebimbangan.

"Dahla Shahril,tak payah kau nak sibuk-sibuk hal si Ika tu.Entah-entah dia memang sukakan Si Syafiq tu.Manela tau kalau.."belum sempat Aima menghabiskan ayatnya Hafiz memotong.. "Ish kau ni.. mulut tu jangan celupar sangat.Aku rasa betul gak cakap Shahril ni.Ika mana pernah keluar dengan lelaki lain berdua.Lagipun kau bukan tak tau perangai Syafiq.Playboy,buaya darat semua ada kat dia.".

Lantas Shahril bingkas bangun.

"Hey Shahril kau nak ke mana? Hafiz dan Aima menurut Shahril.

"Aku nak cari Ika.. aku risaukan dia Fiz,Aima.Aku tak nak perkara tak elok jadi pada dia."ujar Shahril.

"Tapi mana kau nak cari dia?" soal Hafiz.

"Aku tak tau..",lemah saja Shahril menjawab sambil menggeleng kepala.

"Macam nila kita tunggu dulu.kalau Ika tak balik gak baru kita fikirkan caranya,"Aima memberi cadangan.Shahril mengangguk lemah.

"Sayang jugak kau kat Ika eh.Aku ingat kau dah tak nak kat Ika tu lagi.Yelah 24 jam berkepit ngan Wani", ujar Aima.

Shahril hanya mampu tersenyum.Hatinya diburu perasaan yang tidak menentu.Dia telalu risaukan Ika..Memang dia akui hampir sebulan dia langsung tak pedulikan Ika.Sakit hatinya belum sembuh bila Ika buat keputusan untuk tukar partner tanpa memberitahunya.Namun jauh di sudut hatinya cinta dan sayangnya hanya untuk Syafiqa seorang.Wani hanyalah kawan rapatnye sahaja.Tujuan dia baik dengan Wani hanyalah semata-mata untuk sakitkan hati Syafiqa.Tapi sekarang dia rasa bersalah.Dia terlalu rindukan gadis itu.Hatinya dipagut bimbang jika gadis kesayangannya disakiti oleh orang lain.

No comments:

Post a Comment