Friday, March 13, 2009

HATI

wahai hati..
mengapa kau mudah tercalar..
mengapa kau mudah tersentuh..
sesungguhnya kenapa kau begitu rapuh..
dalam menempuh cabaran hidup..

hati..
ingatlah..
tercalarlah kau tika kau berbuat dosa..
tersentuhlah kau ketika kau terleka dibuai arus dunia..
sesungguhnya hati-hati yang berdosa
akan menjadi hitam dan kelam..

hati..
tuanmu ini ingin kau menangis..
hanya kerana takut berbuat dosa..
hanya kerana takut ia menjadi hitam dan kelam..
hanya kerana takut mengenangkan azab Allah..

hati..
sesungguhnya pada kaulah terletak pandangan yang hakiki
pada kaulah lahirnya insan mulia
dan pada kaulah terletaknya harga seorang hamba..

hati..
oleh itu..
kuatlah kau dalam menempuh dunia yang penuh cabaran..
tegarlah kau dalam menegakkan kalimah Allah..
tabahlah kau dalam menghadapi pelbagai kerenah manusia..
sesungguhnya..
Allah maha melihat..
Allah maha mengetahui apa yang tersirat
Allah maha menghitung segala apa yang terdetik pada kau..

hati..
semoga apa tindakanmu..
tak terlanggar dari syariat..
semoga apa yang terdetik..
akan dihitung ke arah kebaikan..
semoga kau tabah dan tidak rapuh..
demi mengejar keredhaan-Nya..

amiin Ya Rabbal Alamin..

tinta 13/3/2009
6.59 pm.

No comments:

Post a Comment